Dulu pembangkang kutuk KR1M, dah jadi kerajaan buka Madani Mart pula - Akmal

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mendakwa, Madani Mart adalah kesinambungan konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang pernah dilaksanakan semasa zaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, pembangkang ketika itu mengutuk BR1M.

"Kini pembangkang tersebut telah menjadi kerajaan dan telah mengemukakan idea yang sangat bernas iaitu membuka Madani Mart pula.

"Tahniah kerajaan BN, idea dan polisi yang bagus dan diteruskan oleh kerajaan hari ini walaupun mereka pernah mengutuk idea tersebut.

"Yang baik kita akan terus sokong. Seterusnya,minta kerajaan laksanakan semula GST untuk kebaikan ekonomi negara, mungkin boleh tukar nama  kepada Cukai Madani pun tak apa," katanya dalam hantaran Facebook pada 3 April 2026.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan