Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa maklumat tular dalam media sosial mengenai dakwaan kenaikan harga diesel adalah tidak benar.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk:
• Tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih
• Menyemak sumber rasmi daripada Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan
• Bertanggungjawab dalam berkongsi maklumat
"Kementerian Kewangan akan terus memastikan maklumat berkaitan harga bahan api disalurkan secara tepat, telus dan terkini," katanya dalam hantaran Facebook pada 14 April 2026.
Orang ramai juga dinasihatkan merujuk saluran rasmi iaitu laman portal dan media sosial Kementerian Kewangan.

0 Ulasan