Mat Sabu nafi galak penjawat awam tanam ganja di rumah

 

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan sekeras-kerasnya imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad Sabu menggalakkan penjawat awam menanam ganja di rumah.

Katanya, kenyataan tersebut adalah fitnah dan manipulasi digital yang tidak benar serta boleh mengelirukan orang awam kerana Mohamad tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Sehubungan itu, laporan rasmi telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan dan tindakan lanjut terhadap pihak yang terlibat.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan kandungan palsu serta sentiasa merujuk saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih," katanya dalam kenyataan media pada 14 April 2026.

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan