Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menasihatkan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli supaya jangan membuat provokasi kononnya partinya sedang mengatur pilihan raya kecil (PRK) di Parlimen Pandan.
Menurut beliau, biarlah Rafizi kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan sehingga penggal ini berakhir.
Mohd. Puad berkata, krisis dalaman PKR sebelum ini telah menyaksikan tiga PRK terpaksa diadakan iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Port Dickson dan DUN Kajang.
"Maka sanggupkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat sekali lagi PRK di Parlimen Pandan hanya kerana perang saudara dalam PKR?
"Kenapa negara perlu diseret dengan membazirkan wang pembayar cukai?" katanya dalam hantaran Facebook pada 13 April 2026.

0 Ulasan