Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan, penubuhan banyak parti Melayu telah memecahbelahkan kaum itu.
Menurut beliau, parti-parti itu bersaing sesama sendiri dan tidak mungkin ada antara mereka yang menang.
"Mereka kalah. Negara tergadai. Tanah Melayu sudah jadi tanah orang lain.
"Siapa silap? Yang silap ialah orang Melayu. Ini adalah perjuangan yang terakhir bagi orang Melayu," katanya dalam hantaran Facebook pada 2 April 2026.
Dr. Mahathir berkata, pada satu masa dahulu orang Melayu bersatu melalui satu parti iaitu UMNO dan mereka berjaya mengalahkan British.
Menurut beliau, yang penting bukan UMNO tetapi perpaduan melalui UMNO.
"Hari ini ramai yang berpendapat UMNO yang kalahkan British. Jadi parti boleh beri kemenangan," katanya.

0 Ulasan