Kerajaan mengambil maklum laporan media Filipina mengenai penghantaran 329,000 tong diesel dari Malaysia.
Pasukan Pengurusan Krisis, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berkata, semakan awal mengesahkan diesel tersebut bukan berasal dari Malaysia.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan merujuk kepada sumber rasmi kerajaan," katanya dalam kenyataan media pada 11 April 2026.
Sementara itu, Petronas menjelaskan, syarikat itu tidak terlibat dalam transaksi tersebut dengan mana-mana pihak di Filipina.
"Keutamaan Petronas adalah memastikan bekalan minyak yang stabil dan berterusan untuk Malaysia, diselaraskan bersama kerajaan dan para pemegang taruh," katanya dalam kenyataan media pada 11 April 2026.

0 Ulasan