Nga Kor Ming teruskan tradisi murni salur peruntukan kepada masjid

 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming meneruskan tradisi murni dengan menyalurkan peruntukan berjumlah RM72,000 kepada 24 masjid di seluruh kawasan Parlimen Teluk Intan.

Sumbangan itu merupakan manifestasi komitmen berterusan beliau dan DAP dalam mengeratkan hubungan silaturahim di peringkat akar umbi.

Dalam ucapannya sempena Majlis Sentuhan Kasih Aidilfitri Peringkat Parlimen Teluk Intan pada 11 April 2026, beliau menegaskan bahawa kepelbagaian budaya dan agama adalah kekuatan utama Malaysia.

"DAP adalah parti untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang. 

"Kami akan teruskan komitmen untuk menyantuni setiap lapisan masyarakat demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terbela,” katanya.

Menerusi inisiatif itu, setiap masjid menerima peruntukan sebanyak RM3,000. 

Pihak pengurusan masjid yang hadir turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan bantuan yang disalurkan tersebut. Sejak 2023, Kor Ming telah memberi peruntukan hampir RM300,000 kepada 24 masjid di kawasan Parlimen Teluk Intan, satu amalan murni wakil rakyat DAP. 

Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah ADUN Pasir Bedamar merangkap Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong; Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan, Badrul Hisham Badarudin serta Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan, Koh Ling Xian.

Suasana majlis berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran lebih 3,000 penduduk setempat yang menunjukkan semangat perpaduan yang teguh di Teluk Intan.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan