Pengerusi DAP Melaka cadang isytihar darurat tangguh PRN

 


Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mencadangkan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir ditangguhkan menerusi pengisytiharan darurat.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka menyarankan supaya kerajaan negeri Melaka mempersembahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan darurat diisytiharkan sebagai langkah sementara bagi membolehkan PRN ditangguhkan.

Kata Poay Tiong, cadangan itu adalahg berikutan ketidaktentuan semasa, termasuk tekanan ekonomi global, konflik geopolitik serta cabaran berkaitan bekalan tenaga yang memberi kesan kepada kestabilan negara.

“Keutamaan ketika ini adalah memastikan kestabilan dan kebajikan rakyat tidak terjejas. 

"Pilihan raya boleh memberi tekanan tambahan dalam keadaan yang masih tidak menentu,” katanya seperti dilaporkan media pada 15 April 2026.

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan