Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menyifatkan cadangan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir ditangguhkan menerusi pengisytiharan darurat sebagai kurang bijak.
Beliau mengingatkan Ahli Parlimen Kota Melaka itu bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu turut berdepan krisis ekonomi namun tidak mengisytiharkan darurat.
Malah, katanya, negara-negara lain juga berdepan krisis ekonomi ketika ini namun tiada yang mengisytiharkan darurat.
"Bila Ahli Parlimen DAP cadang nak isytihar darurat, maknanya kamu yang sebenarnya tiada kebolehan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini dengan baik!!
"Maka yang perlu rakyat isytihar adalah humban kamu dari menjadi kerajaan. B0d0h!!!"katanya dalam hantaran Facebook pada 15 April 2026.

0 Ulasan