BN bertanding solo PRN Johor

 

BN akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN pada PRN Johor, sekali gus bakal menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru menentang PH dan PN.

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau mengambil maklum pandangan, suara dan harapan rakyat Johor serta kepimpinan akar umbi UMNO dan BN Johor berhubung hala tuju parti menjelang PRN akan datang.

"Selepas berbincang dengan pucuk pimpinan parti, saya dengan rasa penuh insaf dan tanggungjawab menyatakan bahawa BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang.

"Bagi UMNO dan BN Johor, pendirian untuk bertanding di 56 kerusi DUN adalah tawaran yang jelas kepada rakyat bahawa kami bersedia untuk terus membentuk sebuah kerajaan yang stabil, kuat dan berkhidmat sepenuhnya kepada pembangunan negeri serta kesejahteraan Bangsa Johor. 

"Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan melindungi negeri Johor yang kita cintai ini," katanya dalam kenyataan media pada 16 Mei 2026.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan