PAS ada sifat iri hati - Puad

 

Pengalaman pahit bersama PAS menyebabkan UMNO serik untuk bekerjasama semula dengan parti itu. 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, PAS ada sifat iri hati dan parti itu melihat dari sudut kepentingan politik. 

Menurut beliau, sepatutnya UMNO-PAS memperkuatkan Muafakat Nasional (MN) terlebih dahulu. 

"Tetapi PAS main kayu tiga. Parti itu bimbang UMNO jadi dominan. Justeru parti itu sertai PN di bawah Bersatu. UMNO sudah hilang kepercayaan kepada kejujuran politik PAS. 

"PAS bukan sahaja pernah tinggalkan BN tetapi juga APU, Pakatan Rakyat dan kini PN bermasalah. 

"Maka kalau PAS ada niat untuk hidupkan MN, lebih baik PAS sertai Musyawarah Nasional. Tiada tujuan politik. Ia diketuai oleh Tan Sri Abd Ghani Othman. Tokoh berintegriti," katanya dalam hantaran Facebook pada 14 Mei 2026. 

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan