Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengumumkan hala tuju politik baharu mereka pada Ahad, 17 Mei 2026.
Pengumuman itu akan dibuat dalam majlis di PJ Performing Arts Centre (PJPAC), One Utama E, Bandar Utama, Petaling Jaya mulai pukul 2 hingga 5 petang.
"Tempoh setahun yang lalu telah memberi ruang kepada kami berdua mengambil kira pelbagai pandangan, pertimbangan dan faktor untuk memutuskan hala tuju politik kami yang seterusnya," kata Rafizi dalam hantaran Facebook pada 13 Mei 2026.
Rafizi menjemput rakyat Malaysia dari seluruh negara dan pelbagai latar belakang yang mahu menyuburkan aliran politik progresif untuk sama-sama hadir ke majlis tersebut.

0 Ulasan