PKR telah menyerahkan notis berkenaan penamatan keanggotaan susulan pengistytiharan keluar parti yang dibuat Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad pada 17 Mei 2026, kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul pada 20 Mei 2026.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, PKR berpendirian bahawa tindakan meninggalkan parti melalui pengisytiharan mereka itu menyebabkan Perkara 9.1(c) Perlembagaan PKR adalah terpakai.
Menurut beliau, PKR juga berpendirian bahawa tindakan tersebut mempunyai kesan langsung di bawah Perkara 49A (1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan.
"Sehubungan itu, saya selaku Setiausaha Agung PKR menyerahkan keputusan mengenai status mereka berkenaan Perkara 49A (1)(a)(ii) dan juga tindakan lanjut kepada budi bicara Tan Sri Yang Dipertua Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan media pada 20 Mei 2026.

0 Ulasan