Jamal gesa UMNO keluar Kerajaan Madani kalau benar UEC diiktiraf


Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos menggesa UMNO keluar dari Kerajaan Madani sekiranya benar UEC diiktiraf untuk kemasukan ke universiti awam.

Menurut beliau, keputusan itu bukan sahaja bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, malah bertentangan dengan perjuangan UMNO.

"Sekiranya pengiktirafan UEC oleh Kerajaan Madani adalah benar, maka ia merupakan satu kemenangan buat DAP yang sememangnya selama ini memperjuangkan agenda cauvinis ini," katanya dalam kenyataan media pada 16 Mei 2026.

Jamal menambah,  polemik mengenai isu UEC sewajarnya diberikan penjelasan tuntas supaya rakyat mendapat gambaran yang sebenarnya berhubung perkara itu.

Beliau meminta Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir supaya tampil memberi penjelasan yang jelas sejalasnya berhubung status pengiktirafan UEC.

"Ini kerana ketika ini masyarakat mendapat gambaran bahawa UEC yang sebelum ini dtentang oleh semua pihak kerana bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diiktiraf oleh Kerajaan Madani.

"Walhal apa yang difahami bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hanya membuka laluan kepada pemegang UEC untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dengan syarat ditetapkan iaitu wajib mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta diperakui Kementerian Pendidikan (KPM).

"Laluan ini juga turut membabitkan beberapa kursus matapelajaran tertentu sahaja," katanya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan