UEC: Hassan gesa Zambry dan Fadhlina letak jawatan

 

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meletak jawatan.

Pemimpin veteran PKR itu berkata, mereka gagal menentang keputusan Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah meluluskan keputusan mengiktiraf peperiksaan UEC sebagai satu laluan ke universiti awam.

"Sepatutnya Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Pendidikan mestilah mempertahankan Dasar Pendidikan Nasional dan segala berhubungan dengannya dalam soal saluran kemasukan ke institut pendidikan tinggi awam di Malaysia.

"Kegagalan dua menteri dari UMNO dan PKR ini yang menjaga amanah bangsa untuk mempertahankan Dasar Pendidikan Negara dalam isu pengiktirafan peperiksaan UEC ini tidak boleh dimaafkan.

"Mereka berdua perlu meletak jawatan dengan segera," tegasnya dalam kenyataan media pada 15 Mei 2026.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan