Pengiktirafan UEC merupakan antara isu yang hangat dikitar semula setiap kali pilihan raya hampir tiba.
DAP dilihat sering memanipulasi isu tersebut sebagai modal kempen mereka untuk memikat pengundi Cina.
Parti-parti Melayu pula lantang membantah kerana sistem pendidikan yang melatari UEC adalah tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Dulu UMNO kuat bersuara menolak pengiktirafan UEC tetapi kini taring mereka hilang setelah bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan. Nampaknya tinggal PAS sahajalah.
Rata-rata rakyat yang mencintai perpaduan tidak memahami mengapa pengiktirafan perlu diberi untuk UEC yang lebih bersifat sempit dan menyebabkan kaum Cina terpisah daripada pendidikan arus perdana.
Bukankah lebih baik jika semua anak kita belajar di sekolah aliran kebangsaan yang lebih mesra perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum?
Mengapa hendak dipisahkan sistem pendidikan mengikut kaum sehingga menyebabkan ada yang tidak fasih menggunakan bahasa kebangsaan apabila mereka dewasa?
Ada pihak yang memperlekehkan sekolah aliran kebangsaan yang kononnya tidak berkualiti dan tidak mampu menghasilkan pelajar cemerlang dalam serba-serbi.
Namun, dakwaan pihak terbabit terbukti syok sendiri apabila keputusan SPM saban tahun menunjukkan sekolah-sekolah aliran kebangsaan mencatatkan keputusan yang cemerlang.
Parti-parti politik termasuk DAP yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan sepatutnya berusaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.
Malangnya, kedegilan mereka memperjuangkan pengiktirafan UEC hanya membuktikan yang sebaliknya.
BACA LAGI
0 Ulasan