Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan Presiden Bersatu, Tan Seri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempertahankan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Pulau Batu Puteh.
Berikut adalah hantaran Facebook beliau malam tadi:
Tiba-tiba sahaja Muhyiddin dan Hamzah mempertahankan Tun M dalam isu Batu Puteh. Apakah ini gara-gara Tun M dan PN baru selesai bertemu dan buat deklarasi melawan “musuh bersama orang Melayu”.
Kalau kedaulatan Batu Puteh yang tergadai pun tidak mampu untuk dipertahankan maka macam mana mahu bersatu untuk melawan musuh Melayu? Kenapa main isu 3R.
Bagaimana mahu menentang musuh Melayu walhal musuh dalam selimut yang gadai kedaulatan Batu Puteh disanjung. Menurut Wan Azizah keputusan batal rayuan Batu Puteh tidak diputuskan dalam mesyuarat kabinet. Tetapi Muhyiddin sanggup pikul walaupun itu keputusan Tun M seorang.
Muhyiddin seolah-olah lebih sanggup dituduh pengkhianat kerana mahu bersekongkol semula dengan Tun M walaupun negara kehilangan Batu Puteh selama-lamanya.
0 Ulasan