![]() |
Gambar: FB Zahid Hamidi |
Dr Mohamad Yusri Bakir diberi kepercayaan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, pada majlis pelancaran jentera yang disempurnakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bilik Gerakan BN, Kampung Haji Tahir, Temoh dekat Tapah hari ini.
Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Islam) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Mohamad Yusri, 54, kini berkhidmat sebagai pensyarah dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan, hari penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.
DUN Ayer Kuning mempunyai 31,897 pengundi berdaftar terdiri daripada 31,315 pemilih biasa dan 582 anggota polis dan pasangan.
0 Ulasan