Pergolakan dalaman Bersatu semakin parah

 


Pergolakan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin jelas sejak berlangsungnya Perhimpunan Agung Tahunannya baru-baru ini.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, perhimpunan itu bertukar menjadi gelanggang pertembungan antara kumpulan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan kem Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurut beliau, perpecahan itu bukan sahaja menjejaskan keyakinan ahli akar umbi, malah menimbulkan persoalan sama ada Bersatu masih mampu berfungsi sebagai parti politik yang stabil.

Lebih ketara, kata Mahfuz, keadaan tersebut turut mengheret hubungan Bersatu dengan PAS ke tahap lebih rapuh apabila Pas tidak lagi menunjukkan minat terhadap kepimpinan Muhyiddin mahupun Azmin, sebaliknya memilih untuk lebih mesra dengan kem Hamzah.

“Dalam Perikatan Nasional (PN), PAS sedang cuba nak jadi tuan rumah dan Bersatu sebagai penyewa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, situasi itu mendedahkan kedudukan sebenar Bersatu dalam PN apabila parti tersebut bukan lagi rakan setara, sebaliknya hanya sekadar pelengkap yang bergantung kepada belas ihsan PAS.

Mahfuz menegaskan, jika rumah tangga sendiri gagal dipertahankan, Bersatu dan PAS tidak mungkin diyakini rakyat sebagai parti yang layak memimpin negara.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan