Lesen pemandu e-hailing terlibat gangguan seksual penumpang dibatalkan - Anthony

 

Kementerian Pengangkutan telah membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) seorang pemandu Grab selepas didapati terbabit dalam insiden gangguan seksual terhadap seorang penumpang di Johor Bahru.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu dan telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya membatalkan lesen berkenaan dengan serta-merta.

“Tindakan pembatalan PSV bermaksud pemandu tersebut tidak boleh berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurut beliau, Kementerian Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga akan memanggil semua pengendali e-hailing termasuk Grab untuk membentangkan pelan tindakan penambahbaikan bagi keselamatan penumpang.

“Kementerian Pengangkutan tidak akan bertoleransi dengan sebarang tingkah laku yang mengganggu gugat keselamatan penumpang dan bersedia untuk menyokong mangsa dalam memastikan tindakan polis diambil terhadap pihak pelaku,” katanya.

BACA LAGI 






Catat Ulasan

0 Ulasan