Hamas nafi capai penyelesaian menyeluruh dengan rejim Zionis Israel

Gambar: The Palestinian Information Center

Hamas menafikan laporan media tentang perjanjian damai sementara yang baharu atau penyelesaian menyeluruh dengan rejim Zionis Israel sama ada di Gaza atau Tebing Barat.

Memetik laporan The Palestinian Information Center, jurucakap Hamas, Abdul-Latif al-Qanu memberitahu agensi berita Anadolu bahawa memang ada usaha untuk memperkukuhkan persefahaman sebelum ini berkaitan memansuhkan sekatan terhadap Gaza dan tidak lebih daripada itu.

Beliau juga menyifatkan dakwaan media Israel kononnya Tebing Barat diketepikan dalam usaha itu sebagai "tidak berasas dan tidak benar".

Ahad lalu, saluran satelit Israel, Kan, mendakwa kononnya Hamas enggan menghentikan operasinya di Tebing Barat sebagai sebagai daripada penyelesaian dengan rejim Zionis Israel serta menambah, perjanjian damai sementara itu hanya melibatkan  Gaza.

Pegawai kanan Hamas, Khalil al-Hayya telah mengesahkan bahawa hanya ada persefahaman melalui perantara dengan objektif membuka sekatan terhadap Gaza dan tiada rundingan politik dengan rejim Zionis Israel.

Sumber: Hamas rebuts news reports on settlement with Israel


Catat Ulasan

0 Ulasan