Gambar: The Palestinian Information Center
The Palestinian Information Center pada 9 Januari 2020 melaporkan, sebuah keluarga Palestin dari Jabel Mukaber diarahkan berbuat demikian pada 8 Januari.
Mereka menerima perintah perobohan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) rejim Zionis Israel di Jerusalem.
Seorang ahli keluarga berkenaan, Sami Mashahrah berkata, seorang pekerja PBT terbabit menyerbu masuk ke dalam rumahnya dan memaksa mereka merobohkan kediaman itu.
Sekiranya mereka enggan berbuat demikian, PBT rejim Zionis Israel akan melakukan perobohan dengan mengenakan bayaran yang sangat tinggi.
Sami tinggal bersama ibu dan isterinya di rumah yang kecil itu dan setelah dirobohkan, mereka tiada tempat tinggal.
Seorang lagi penduduk, Ibrahim Mashahrah yang berjiran dengan Sami turut menerima perintah perobohan daripada PBT rejim Zionis Israel.
Baru-baru ini, PBT rejim Zionis Israel memaksa keluarga Nassar dan Sarri merobohkan sendiri kediaman mereka di Jabel Mukaber bagi mengelakkan daripada dikenakan bayaran kos perobohan.
Sumber: Israeli forces Jerusalemite family to raze its own home
Berita-berita lain
Hamas seru pertingkatkan tentangan terhadap rejim Zionis Israel demi pertahankan al-Aqsa
Hamas menyeru rakyat Palestin di wilayah-wilayah yang diduduki untuk meningkatkan penentangan mereka terhadap pasukan-pasukan bersenjata rejim Zionis Israel dalam usaha mempertahankan Masjid al-Aqsa.
Memetik laporan The Palestinian Information Center pada 8 Januari 2020, seruan itu disampaikan melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum.
Beliau mengecam tindakan ganas polis rejim yang berterusan menyerang umat Islam Palestin di Masjid al-Aqsa dan menghalang mereka daripada menunaikan solat dan beribadat.
"Dasar agresif terhadap rakyat Palestin, tanah mereka dan tanah suci dan mencemar kesucian Masjid al-Aqsa - kiblat pertama dan tempat ketiga paling suci dalam Islam - adalah kesinambungan perang agama dan tindakan provokasi terhadap sensitiviti orang Arab dan umat Islam," katanya.
Sumber: Hamas calls for defending Aqsa Mosque against Israeli aggression
Tahanan Palestin di Penjara Megiddo diserbu dan dikasari
Pihak berkuasa penjara rejim Zionis Israel menyerbu seksyen 4 Penjara Megiddo pada malam 7 Januari lalu dan menyerang tahanan-tahanan Palestin di dalamnya.
The Palestinian Information Center yang memetik Palestinian Prisoner Society melaporkan, serbuan itu dijalankan selama beberapa jam sebelum 20 tahanan dipindahkan ke sel-sel sementara.
Beberapa hari sebelumnya, seramai 92 tahanan dipindahkan ke seksyen 4 dari seksyen 7 yang dibanjiri air hujan.
Kesesakan yang berlaku di seksyen 4 menyebabkan sebahagian tahanan terpaksa tidur di atas lantai.
Sumber: Israeli forces assault Palestinian prisoners in Megiddo jail
0 Ulasan