Khabar dari Palestin - 18 Januari 2020
Gambar: The Palestinian Information Center
Pesawat-pesawat tentera udara rejim Zionis Israel mengebom lokasi pejuang-pejuang kebebasan Palestin di utara Gaza pada malam 15 Januari 2020.
Memetik laporan The Palestinian Information Center, sumber tempatan menyatakan bahawa pesawat-pesawat terbabit melepaskan tiga peluru berpandu di utara Beit Lahia.
Namun, tiada korban yang dilaporkan.
Seorang jurucakap tentera rejim Zionis Israel mendakwa, serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas berikutan penghantaran belon-belon mengandungi bahan letupan menghala ke kawasan penempatan haram Yahudi berhampiran sempadan Gaza.
Sumber: Israeli warplanes target resistance site in northern Gaza
13 rakyat Palestin cedera akibat ditembak kanister gas dan peluru getah oleh IOF
Gambar: The Palestinian Information Center
Sekumpulan rakyat Palestin cedera apabila tentera rejim Zionis Israel (IOF) menyerang peserta-peserta demonstrasi mingguan di kampung Kafr Qaddum berhampiran Qalqilya di Tebing Barat pada 17 Januari 2020.
The Palestinian Information Center melaporkan, berdasarkan kenyataan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, seramai 13 peserta demonstrasi cedera akibat tembakan kanister gas dan peluru logam bersalut getah oleh anggota-anggota IOF.
Penduduk Kafr Qaddum menganjurkan demonstrasi jalanan pada setiap hari Jumaat untuk membantah tindakan rejim Zionis Israel merampas tanah rakyat Palestin di Tebing Barat untuk dijadikan kawasan penempatan haram pendatang Yahudi.
Sumber: IOF injures 13 Palestinians in Kafr Qaddum protests
Pendatang haram Yahudi ekstremis gagal rampas rumah rakyat Palestin
Gambar: The Palestinian Information Center
Memang kurang ajar perangai sekumpulan pendatang haram Yahudi yang cuba merampas sebuah rumah milik rakyat Palestin di kampung Madama, selatan Nablus pada 15 Januari 2020.
The Palestinian Information Center melaporkan, gerombolan pendatang haram Yahudi ekstremis itu menceroboh rumah milik Yehya Mohamed.
Pegawai tempatan, Ghassan Daghlas memberitahu, mereka duduk di atas bumbung rumah berkenaan.
Namun, sikap pengecut mereka dapat dilihat apabila penduduk setempat datang dan menghalau mereka.
Sumber: W. Bank Villagers foil takeover of house by settlers
40,000 umat Islam solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa walaupun berdepan sekatan, gangguan
Sumber: The Palestinian Information Center
Jabatan Awqaf Islam Jerusalem menyatakan, kira-kira 40,000 umat Islam melakukan solat Jumaat dengan kehadiran sejumlah besar polis rejim Zionis Israel di sekitar kawasan masjid.
Seperti yang dilaporkan oleh The Palestinian Information Center, mereka datang berduyun-duyun dari Jerusalem, Tebing Barat, wilayah-wilayah yang diduduki sejak 1948 dan beberapa negara Arab.
Sementara itu, khatib Masjid Al-Aqsa, Sheikh Mohammed Husein dalam khutbah Jumaat pada 17 Januari 2020 menyeru umat Islam untuk terus mengimarahkan masjid ketiga paling suci dalam Islam itu walaupun mereka terpaksa berdepan sekatan, pusat pemeriksaan dan gangguan rejim Zionis Israel.
Selain Al-Aqsa, Sheikh Mohammed Husein berkata, mereka juga perlu mengimarahkan Masjid Ibrahim di al-Khalil untuk melindungi kedua-dua masjid tersebut daripada serangan rejim Zionis Israel dan usaha pengyahudian.
Sejak subuh lagi ribuan rakyat Palestin berkumpul di Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat serta mempertahankan masjid itu daripada pencerobohan pendatang haram Yahudi.
Selepas solat Jumaat, polis rejim menyerbu ke dalam kawasan masjid dan menyerang para jemaah sehingga menyebabkan lima orang cedera.
Sumber: 40,000 worshipers attend Friday Prayer at Aqsa Mosque
5 warga Finland termasuk Ahli Parlimen ditahan cuba seberang sempadan Gaza
Gambar: The Palestinian Information Center
The Palestinian Information Center yang memetik laporan media Israel memberitahu, Ahli Parlimen Finland, Anna Kontula ditahan bersama empat aktivis kemanusiaan.
Mereka cuba menyeberangi sempadan tersebut sebagai tanda protes terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.
Tentera rejim merampas pasport dan telefon bimbit milik kelima-lima warga Finland terbabit dan menyoal siasat mereka sebelum menghantar mereka pulang ke negara asal secara paksa.
Pada 2006, rejim Zionis Israel menguatkuasakan sekatan terhadap Gaza dengan menutup semua hubungan antara wilayah itu dengan dunia luar melalui Mesir dan Tebing Barat.
Pintu sempadan hanya dibuka pada waktu-waktu tertentu yang dihadkan untuk membawa masuk barangan dan penumpang.
Sumber: Israeli forces arrest Finnish MP, activists on Gaza border
4 Ulasan
Agen Poker online
BalasPadamAgen Poker Pkv
Bandar Poker PKv
Poker online
Agen Poker Online Terpercaya
Bandar Poker
poker online
bandarq
CASINO ONLINE
BalasPadamPREDIKSI TOGEL
TOGEL ONLINE
AGEN TOGEL
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSitus Judi Slot Online Terpercaya | Agen Judi Slot Online Terbaru di Indonesia | Bandar Slot Depo Pulsa Tanpa Potongana
BalasPadamMegah4d Situs Judi Slot Online Terbaik dan Terpercaya Dengan Minimal Deposit Hanya 5000
Nikmati juga Bonus-Bonus menarik lainnya bersama kami.
> Bonus New Member 100%,-
> Minimal Deposit 100.000
> Wajib Via Bank
> Maksimal Bonus 1juta
> Contoh Syarat Penarikan = (100.000+100.000)x 8 = 1.600.000
> Tidak menerima invest dalam bonus berikut
> Bonus wajib di claim melalui Livechat
Slot Deposit Pulsa 5 Ribu Tanpa Potongan
Slot Online Gacor
Slot Online Deposit Via Pulsa 5000
Situs Judi slot online Terbaru 2022
Slot Terbaik Deposit Pulsa
Slot Online Deposit Pulsa 5000
Slot Online Deposit Pulsa Tanpa Potongan
Slot Online Win Rate Tinggi
Situs Online Gacor Pay4d 2022
Hot kunjungi Slot88