SHAH
ALAM 3 April 2020
– Wabak COVID-19 yang tersebar dengan
begitu meluas telah mengakibatkan masyarakat di negara ini terpaksa menerima
perubahan dalam rutin harian apabila sesi persekolahan, perniagaan dan majlis
keraian telah diarahkan untuk ditunda.
Sebagai langkah untuk menangani keadaan ini, Canon Marketing (Malaysia)
Sdn Bhd telah bekerjsama dengan Taylor’s Education Group untuk menjalankan sebuah modul atas talian bertemakan
kesejahteraan emosi bagi membantu kanak-kanak B40 dalam mengharungi perubahan
ini.
Walaupun sesetengah keluarga telah bersiap sedia
untuk mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh
kerajaan sejak 18 Mac, namun masih terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang
terjejas dan masih bergelut untuk memastikan keperluan asas harian keluarga
mencukupi kerana ada dalam kalangan mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat
pelaksanaan PKP ini.
Hasilnya, perubahan yang mendadak dalam rutin seharian
keluarga pastinya sedikit-sebanyak mempengaruhi dan menjejaskan emosi
kanak-kanak juga.
Kerjasama antara Canon dan Taylor’s kali ini
bukanlah kali pertama. Ini merupakan lanjutan kejayaan kerjasama antara Canon
dan Taylor’s pada Ogos 2019 yang telah memberi impak kepada 35 kanak-kanak
daripada komuniti B40.
Menyedari bahawa PKP akan memberi kesan kepada
institusi kekeluargaan dalam komuniti B40, Canon sekali lagi telah menghulurkan
bantuan melalui Taylor’s dan menyumbangkan barangan keperluan kepada 45 buah
keluarga yang menetap di Program Perumahan Rakyat (PPR) kawasan Lembah
Pantai, yang kini dikategorikan sebagai zon merah COVID-19.
“Kami amat bersimpati dengan kanak-kanak yang
terpaksa mengharungi masa yang sukar seperti ini.
"Kami sedar akan cabaran dan
kesukaran mereka kerana kebanyakkan ibu bapa mereka merupakan peniaga kecil dan
pendapatan mereka turut terjejas akibat PKP ini.” berkata Andrew Koh, Presiden
& Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia.
Andrew berpendapat kerjasama yang terjalin
antara Canon dengan Taylor’s adalah kerana Taylor’s telah mempunyai pengalaman
membantu dan memberikan sokongan kepada komuniti B40 secara berterusan melalui
program seperti program keusahawanan dan kesejahteraan emosi.
Pada program kali ini, pihak HumanKind telah
menyumbangkan modul seni ekspresif. Matlamat program ini adalah untuk membantu
kanak-kanak untuk mengekpresikan dan berkongsikan perasaan mereka apabila
terpaksa mengharungi perubahan rutin harian secara mendadak.
Peserta hanya
perlu menggunakan barangan yang terdapat di rumah mereka untuk membina wajah yang
menggambarkan emosi semasa mereka.
Kemudian, mereka perlu menyerahkan foto
penyertaan mereka melalui aplikasi WhatsApp dan seterusnya orang ramai mengundi
penyertaan kegemaran mereka menerusi pertandingan di Facebook.
“Setelah beberapa tahun kami menyokong
kanak-kanak ini, kami berasa amat terkesan apabila melihat mereka bergelut
dengan emosi untuk menghadapi perubahan mendadak ini.
"Kami bersyukur melalui kerjasama kali kedua
dengan pihak Canon ini, kami sekali lagi diberi peluang untuk menyokong kanak-kanak
ini secara emosi dan membantu mereka menggunakan masa dengan produktif semasa
berada di rumah.
"Mereka telah menunjukkan kreativiti yang amat mengagumkan
melalui penyertaan yang diterima" kata May Wong, Pengurus Komunikasi dan
Tanggungjawab Sosial Korporat, Taylor’s Education Group.
Melalui pertandingan yang dianjurkan oleh
Taylor’s dan Canon ini, seramai 5 orang kanak-kanak telah menerima barangan
runcit dan alat tulis bernilai RM200 manakala sebanyak 40 penyertaan terbaik
juga turut menerima ganjaran berupa barangan runcit dan alat tulis bernilai
RM100 bagi setiap penyertaan.
"Ia adalah kali pertama saya menyertai
pertandingan seperti ini, dan saya sangat gembira kerana ramai orang mengundi
saya" kata Nur Qaireen Qisha bt Ahmad Shaidan dari PPR Pantai Ria, salah
seorang daripada 5 orang pemenang utama.
Apabila ditanya tentang ciptaannya,
dia berkata “Ia mencabar, tetapi saya menggunakan naluri dan emosi saya bagi
menghasilkan ‘’ekspresi wajah’’ untuk pertandingan ini.
"Pada mulanya kelihatan
agak lucu, tetapi akhirnya saya berpuas hati dengan “ekspresi wajah” yang
dihasilkan. Saya sangat gembira apabila orang ramai juga suka dengan ekspresi
tersebut dan mengundi saya! " kata kanak-kanak berusia 9 tahun itu.
Selain membantu komuniti, Canon percaya bahawa
setiap foto yang terhasil pastinya mampu menyampaikan seribu satu kisah
disebaliknya.
Tambahan pula dengan inisiatif melalui kerjasama dengan pihak
Taylor’s ini yang menggalakkan ekspresi emosi yang sihat di mana mudah-mudahan
kanak-kanak ini dapat mengharungi perubahan ini dengan lebih baik.
0 Ulasan