Dari Fail CIA: Kemasukan Komunis ke Malaya dari Thailand



23 Jun 1950

1. Walaupun tiada bukti bahawa sempadan Thailand-Tanah Melayu sedang dibangunkan sebagai saluran komunikasi utama dengan organisasi-organisasi Komunis di luar Tanah Melayu, ia terus menjadi penghalang dalam kempen Pasukan Keselamatan terhadap pengganas yang didominasi oleh Komunis di Tanah Melayu.

2. Adalah jelas bahawa orang Cina menyeberang sempadan dari Thailand ke Malaya hampir secara berterusan. Sebahagian daripada mereka hanyalah pendatang tanpa izin yang berhijrah ke selatan semasa musim angin monsun, tetapi dengan menggunakan penyamaran sedemikian, Komunis juga boleh menyusup masuk. Aktiviti sebegini dijangka meningkat memandangkan Hainan kini di bawah penguasaan Komunis.

3. Kerana ketiadaan peronda pantai Thailand dan pihak berkuasa imigresennya kurang tegas, kemasukan secara haram boleh dilakukan ke Thailand melalui bot dan seterusnya menyeberangi sempadan ke Tanah Melayu. *

4. Kini dipercayai bahawa sebahagian senjata yang diseludup ke Malaya datang dari Manila melalui Thailand.

* Komen. Penggunaan kapal selam akan menjadi kaedah yang berkesan untuk membawa orang Cina ke pantai timur Thailand atau Tanah Melayu.

Sumber: Laman sesawang CIA

Canon, Taylor's Education Group Bantu Kanak-kanak Harungi Perubahan Semasa PKP

CUEPACS Ulangi Rayuan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman LPPSA


Catat Ulasan

0 Ulasan