CUEPACS Gesa Kurangkan Kerenah Birokrasi Pembayaran Elaun COVID-19



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta Kementerian Kesihatan mengurangkan kerenah birokrasi dalam urusan pembayaran elaun COVID-19 bagi petugas-petugas barisan hadapan.

Kenyataan penuh Presiden CUEPACS, Adnan Mat adalah seperti berikut:

CUEPACS menghargai dan mengambil maklum penjelasan Menteri Kesihatan mengenai keputusan kementerian untuk mengambil langkah menambah baik pemberian elaun khas kepada pegawai dan anggota kesihatan yang terlibat dalam usaha menangani wabak COVID-19. 

Dalam hal ini CUEPACS sendiri telah menerima banyak aduan dan rungutan mengenai kerenah birokrasi dan serta penetapan syarat yang dilihat merumitkan petugas barisan hadapan untuk membuat tuntutan elaun berkenaan.

Antara beberapa rungutan dan aduan yang dirasakan perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh CUEPACS adalah:

1. Birokrasi dalam pembayaran tuntutan elaun COVID-19. 

Semua petugas barisan hadapan yang layak telah diminta mengisi pelbagai jenis borang dan dokumen bagi membolehkan mereka layak menerima elaun ini. 

Tuntutan pula perlu dibuat dalam tempoh 10 hari pada bulan berikutnya. 

Arahan ini menambahkan lagi beban petugas yang terpaksa berpanas, berhujan dan sentiasa bersedia di lapangan masing-masing. 

Proses birokrasi tersebut boleh dihapuskan jika Ketua Jabatan boleh terus memberikan senarai petugas barisan hadapan untuk dibayar elaun tanpa perlu meminta petugas berkenaan mengisi atau memohon memandangkan arahan bertugas dan jadual tugasan telah disedikan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

2. CUEPACS mendapat aduan ada Ketua Jabatan yang bertindak mengatasi arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian masing-masing dalam pembayaran elaun COVID-19. 

Sebagai contoh arahan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan maklumkan elaun penuh RM600 akan dibayar jika bertugas sekurang-kurangnya 15 hari dalam tempoh satu bulan kalendar dan RM300 akan dibayar jika bertugas kurang daripada 15 hari dalam tempoh satu bulan kalendar. 

Bagaimanapun ada Ketua Jabatan membuat arahan pemotongan elaun jika bertugas kurang daripada 7 jari dalam tempoh satu bulan kalendar. 

Perkara ini sepatutnya tidak boleh terjadi kerana ia melangkaui arahan Ketua Setiausaha kementerian. 

Ada juga petugas yang diarahkan untuk bertugas secara standby tetapi pengiraan hari bertugas hanya dikira apabila menerima atau menguruskan kes COVID-19 sahaja.

3. Petugas barisan hadapan sepatutnya merangkumi petugas yang mengambil suhu badan di peringkat saringan sehingga dirawat. 

Garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan hanya melayakkan petugas CPRC dan mereka yang bertugas di khemah COVID-19 sahaja. 

Ini bermakna petugas di klinik kesihatan dan hospital yang diarah mengambil suhu badan ketika pesakit luar datang ke fasiliti kesihatan dikeluarkan daripada senarai kelayakan elaun COVID. 

Ini merupakan satu ketidaksamaan dan harus diperbetulkan oleh Kementerian Kesihatan kerana mereka juga barisan paling hadapan dan orang pertama terdedah kepada risiko COVID-19.

Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan Fuziah - Ngeh Koo Ham

Penurunan kuasa kepada ketua jabatan seperti diumumkan oleh Menteri Kesihatan tidak akan menghasilkan sebarang penyelesaian sedangkan sebelum ini pun terdapat ketidaksamaan dari segi pelaksanaan di negeri masing-masing.

Justeru, CUEPACS berharap agar Kementerian Kesihatan dapat meneliti dan membuat pertimbangan sewajarnya bagi memudahkan kaedah pembayaran elaun COVID-19. 

Penambahbaikan yang dibuat haruslah bertujuan untuk memudahkan urusan kerja petugas barisan hadapan dan tidak menidakkan hak yang sepatutnya mereka terima. 

CUEPACS mencadangkan agar pembayaran tuntutan elaun tersebut sepatutnya dibayar terus bersama-sama gaji tanpa perlu mengisi borang tuntutan yang sama setiap bulan.

Hentikan Jual Face Mask & T-Shirt Op Penawar Guna Logo PDRM, ATM

Dalam perkembangan sama, CUEPACS juga menggesa agensi dan jabatan lain seperti PDRM, ATM, Imigresen, Kastam dan lain-lain turut sama meneliti dan memudahkan urusan pembayaran elaun khas yang diterima untuk petugas barisan hadapan mereka. 

Elaun yang diberikan oleh kerajaan adalah suntikan semangat kepada petugas barisan hadapan. 

Janganlah kita lunturkan semangat dengan kerenah-kerenah birokrasi yang dicipta sendiri. 

Penjawat awam kekal dengan mantera Berkhidmat Untuk Negara demi keharmonian dan kemakmuran rakyat.


CUEPACS Kecewa Keputusan LPPSA, Mohon Pertimbangkan Moratorium 3 Bulan

Golongan Kayangan Biadab Maki Petugas Barisan Hadapan Anjing, Pencacai Najis




Catat Ulasan

0 Ulasan