Insiden Pegawai Kanan Imigresen Herdik Petugas KKM, CUEPACS Gesa Siasatan Telus



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Jabatan Imigresen Malaysia menyiasat insiden seorang pegawai kanannya di Sabah yang didakwa mengherdik petugas Kementerian Kesihatan.

Presidennya, Adnan Mat berkata, siasatan perlu dilakukan secara telus supaya insiden yang sama tidak akan berulang.

Beliau juga berharap Jabatan Imigresen mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kepercayaan penjawat awam dan rakyat tidak terhakis dengan insiden berkenaan.

"Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku seperti yang didakwa oleh sebuah portal, CUEPACS melahirkan rasa kekesalan kerana tindakan tersebut tidak patut dilakukan oleh seorang pegawai kerajaan apatah lagi ia datang daripada seorang pegawai kanan berpangkat Pengarah," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Insiden tersebut tular dalam media sosial setelah dilaporkan oleh portal berita SabahKini2. 

CUEPACS Gesa Kurangkan Kerenah Birokrasi Pembayaran Elaun COVID-19

Adnan menambah, walaupun insiden sedemikian memang terjadi dalam persekitaran kerja penjawat awam, ia mungkin tidak dilaporkan.

Jelas beliau, pengadu mungkin bimbang aduan tersebut tidak mendapat pembelaan sewajarnya atau pengadu sendiri yang dipersalahkan.

"Sebagai seorang penjawat awam yang sudah berikrar untuk berkhidmat demi negara, setiap penjawat awam seharusnya mengamalkan sikap saling hormat menghormati sesama sendiri walaupun berbeza jabatan atau pun pangkat," katanya.

Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan Fuziah - Ngeh Koo Ham

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud memberitahu, tindakan telah diambil berhubung insiden tersebut.

Beliau juga telah menghantar e-mel kepada pegawai Kementerian Kesihatan yang terlibat untuk menyiasat aduan yang dikemukakan serta meminta maaf atas insiden yang mungkin berpunca dari salah faham.

"Surat penjelasan daripada Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sabah juga telah dihantar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Sabah pada 16 April 2020," katanya.

Khairul Dzaimee turut menyatakan, Jabatan Imigresen Malaysia amat menghormati dan menghargai komitmen serta pengorbanan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan dalam menangani COVID-19.

Hentikan Jual Face Mask & T-Shirt Op Penawar Guna Logo PDRM, ATM

Golongan Kayangan Biadab Maki Petugas Barisan Hadapan Anjing, Pencacai Najis

Catat Ulasan

0 Ulasan