RM14,000 Menanti Pemenang Pertandingan Filem Dakwah Pendek Anjuran PAS


Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3, Lajnah Dakwah PAS Pusat menganjurkan Pertandingan Filem Dakwah Pendek yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM14,000.

Pengerusinya, Nasrudin Hassan berkata, pertandingan yang bermula pada 20 April dan berakhir pada 10 Mei 2020 itu terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Peserta boleh memilih salah satu daripada dua tema iaitu 'Keluarga Bahagia' atau 'New Normal Selepas Covid-19'.

Najib Rayu Pemilik Hartanah Tangguh Kutipan Sewa Semasa Krisis Covid-19

Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

*Tempat Pertama: Wang Tunai RM5000
Bersama 3 buah buku agama bernilai RM115

*Tempat Kedua: Wang Tunai RM3500
Bersama 3 buah buku agama bernilai RM115

*Tempat Ketiga: Wang Tunai RM2000
Bersama 3 buah buku agama bernilai RM115

*Hadiah Saguhati: Wang Tunai RM350
Terhad kepada 10 orang yang terpilih sahaja.

Indonesia Tunda Cuti Hari Raya Aidilfitri Hingga Disember

Terma dan syarat pertandingan:

• Bahasa komunikasi : Bahasa Melayu

• Karya: Hasil karya sendiri (tidak meniru karya orang lain)

• Genre : Patuh Syariat

• Durasi : 3-5 minit sahaja

• Sertakan Sinopsis video tersebut tidak melebihi 100 perkataan.

• Lampirkan nama penuh anda selaku pengarah filem dan para pelakonnya.

• Nyatakan: No telefon pengarah filem dakwah pendek, no MyKad dan alamat.



Hentikan Jual Face Mask & T-Shirt Op Penawar Guna Logo PDRM, ATM

Selain itu, setiap filem dakwah pendek yang dihantar akan menjadi hak milik Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Maknanya, karya tidak boleh diterbitkan di mana-mana kecuali oleh Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Karya perlu dihantar melalui aplikasi Telegram di https://t.me/jabatan_dakwah .


Dato' Takiyuddin Hassan Pernah Jadi Guru Tomoi Semasa Muda

PKR Nafi Tawar Ganjaran Hentam Kerajaan, Soldadu Amatur RBA Gigit Jari

Catat Ulasan

0 Ulasan