Gambar hiasan. (Kredit gambar: Thanyapura) |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) atau lebih mesra dengan panggilan Dato' Taki itu lebih dikenali sebagai seorang ahli politik.
Kisah silam beliau sebagai jurulatih tomoi tersingkap setelah didedahkan oleh Brig Jen Dato' Dr Mohd Radzi Abdul Hamid dalam laman Facebook miliknya.
Hentikan Jual Face Mask & T-Shirt Op Penawar Guna Logo PDRM, ATM
Jelas Mohd Radzi, beliau mula belajar tomoi sejak darjah dua namun semasa di darjah lima, gurunya yang bernama Heng Sangsemai mati ditembak di Pattani, Thailand.
Kemudian, Takiyuddin sebagai murid senior mengambil alih gelanggang dan mengajar Mohd Radzi dan rakan-rakannya sehingga tamat buah 21.
"Kemudian dia membawa saya dan sparring partner saya iaitu Ayub Besi masuk ke pertandingan tomoi siam di Chengmai.
"Tahun pertama masuk kami kalah tapi tahun kedua saya juara Tomoi Siam Chiang Mai Open yang mengakibatkan saya kehilangan tulang hidung.
"Selepas masuk tentera, dengan ilmu tomoi siam, saya belasah lawan hingga masuk hospital bagai dan muncul sebagai Peninju Terbaik Tentera Darat selama dua tahun berturut-turut," katanya.
Mohd Radzi bergambar bersama Dato' Taki. (Kredit gambar: Facebook Mohd Radzi) |
Mohd Radzi sendiri bukan calang-calang orang dan beliau pernah mengetuai Platun Harimau Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang terkenal dengan ketangkasan menggempur kubu-kubu pengganas komunis.
Menarik juga jika sekali-sekala Dato' Taki menunjukkan kemahirannya 'bertomoi' kepada kita semua.
Dari Fail CIA: Kemasukan Komunis ke Malaya dari Thailand
Jangan Jadikan FB Agensi Kerajaan Platform Propaganda Politik
0 Ulasan