Sejak pandemik COVID-19 melanda, laman Facebook Kementerian Kesihatan menjadi tumpuan rakyat untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat tentang wabak berkenaan.
Maka, tidak hairanlah apabila jumlah netizen yang mengikuti laman Facebook kementerian berkenaan melepasi angka 1.8 juta (setakat 14 April 2020).
Jumlah itu melebihi dua kali ganda daripada yang diterima Kementerian Pendidikan iaitu lebih 851,000 'suka'.
Senarai penuh jumlah 'suka' yang diperoleh setiap kementerian adalah seperti berikut:
Melihat kepada jumlah 'suka' yang sangat memberangsangkan itu, mungkin ada pihak yang terliur untuk menggunakan laman Facebook Kementerian Kesihatan bagi tujuan propaganda politik.
Walaupun niatnya mungkin untuk menunjukkan Menteri Kesihatan juga buat kerja, medium yang digunakan adalah tidak sesuai.
Status yang telah dipadamkan setelah menerima kecaman netizen itu lebih sesuai jika disiarkan dalam laman Facebook peribadi menteri atau kumpulan Facebook yang menyokongnya.
Bukan dalam laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan yang fungsi sebenarnya adalah untuk menyalurkan maklumat terkini tentang situasi COVID-19 di Malaysia.
Alasan bahawa kerajaan terdahulu pernah melakukan perkara serupa juga tidak boleh diterima.
Memang pernah berlaku status Facebook tentang istilah 'palatau' pada Februari 2020 yang menimbulkan kecaman para netizen.
Jika sudah tahu rakyat tidak suka perkara sebegitu, mengapa pula gatal tangan untuk diulangi kesilapan yang sama?
Tidak kisahlah siapa pun yang beri arahan, insiden yang menjengkelkan ini tidak sepatutnya berlaku.
Usahlah dirosakkan segala usaha dan komitmen Kementerian Kesihatan yang bekerja tanpa mengenal penat dan lelah dalam memerangi COVID-19.
Rakyat tahu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bekerja keras walaupun sidang media harian COVID-19 dan kenyataan media dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Malah, langkah itu memang berkesan untuk mengelakkan usaha kerajaan memerangi penularan COVID-19 dipolitikkan oleh pihak tertentu.
Datuk Seri Najib Razak juga menasihatkan semua pihak agar jangan menjadikan laman Facebook rasmi agensi kerajaan sebagai platform untuk melakukan 'troll' atau bermain propaganda.
Harap semua pihak dalam pentadbiran PN memahami nasihat itu bagi mengelakkan kesilapan mereka dijadikan bola tanggung oleh pihak lawan.
Buanglah jauh-jauh perangai 'syok sendiri' kerana sikap sebegitu menimbulkan masalah besar kepada sukarelawan siber akar umbi untuk mempertahankan kesilapan yang berpunca daripada tindakan kurang cerdik individu tertentu.
PKR Nafi Tawar Ganjaran Hentam Kerajaan, Soldadu Amatur RBA Gigit Jari
Fuziah Minta Media Berhenti Besarkan Isu Berita Palsu, Tunggu Siasatan Selesai
0 Ulasan