Fuziah Salleh Tak Buat Kesalahan Jenayah, Kata Ngeh Koo Ham



Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham meminta kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menyalahgunakan kuasa dengan meneruskan tindakan terhadap Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang disiasatkan menyiarkan berita palsu dalam laman Facebook miliknya.

Pemimpin DAP itu percaya tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Fuziah melalui penyiaran rakaman video dengan kapsyen yang mendakwa kononnya berlaku insiden rempuhan di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru pada 9 April lalu apabila rakyat Malaysia pulang beramai-ramai dari Singapura.

Fuziah Minta Media Berhenti Besarkan Isu Berita Palsu, Tunggu Siasatan Selesai



Kenyataan penuh Koo Ham adalah seperti berikut:

Siasatan terhadap Ahli Parlimen Kuantan dan amaran tindakan tegas terhadap portal media yang membuat laporan berita yang tidak tepat dan mengelirukan.  

Ahli Parlimen Beruas menyeru kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menyalahgunakan kuasa kerana tiada kesalahan jenayah yang telah dilakukan. Kesilapan harus ditunjukkan dan pembetulan dibuat.

Saya amat khuatir mengenai dua (2) kejadian baru-baru ini:

i. Siasatan terhadap Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh berhubung video yang menunjukkan keadaaan huru-hara di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru yang dimuatnaik di akaun Facebook beliau tetapi segera dipadam apabila didapati rakaman video tersebut adalah satu rakaman video lama.

ii. Amaran daripada Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap media yang membuat laporan yang tidak tepat dan mengelirukan.

Kerajaan PN seperti mana yang diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bukan sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat tidak harus menyalahgunakan kuasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) ini. Dalam tempoh PKP ini, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) telah menahan diri daripada bersifat kritikal terhadap Kerajaan PN sungguhpun Kerajaan PN ditubuhkan secara tidak demokratik melalui perebutan kuasa supaya kita semua dapat menumpukan tenaga dan sumber kita untuk memerangi pandemik Covid-19 yang merupakan satu ancaman besar terhadap kesihatan  dan kesejahteraan ekonomi rakyat.

YB Fuziah Salleh dan media mempunyai kewajipan untuk memastikan rakyat kita dimaklumkan tentang peristiwa-peristiwa terkini dan undang-undang kita melindungi mereka daripada apa-apa pendakwaan jenayah sekiranya terdapat kekhilafan atau kesilapan yang disebabkan oleh kesilapan fakta. Di bawah undang-undang jenayah negara kita, mens rea ( niat untuk melakukan jenayah ) merupakan asas sebelum sebarang tindakan itu boleh dikatakan sebagai satu tindakan jenayah. Kesilapan fakta adalah satu pembelaan lengkap di bawah Undang-Undang Am (Common Law) dan juga di bawah Kanun Keseksaan kita (Seksyen 76 & 79).

Kita seharusnya menunjukkan mana-mana kesilapan atau kekhilafan yang telah berlaku dan meminta pembetulan terhadap kesilapan atau kekhilafan tersebut dibuat. Ia adalah satu penyalahgunaan kuasa untuk mengambil tindakan terhadap seseorang yang membuat kesilapan yang tidak disengajakan kerana undang-undang adalah jelas bahawa orang itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.



Nampaknya Koo Ham cepat sangat meloncat walaupun siasatan pihak berkuasa terhadap Fuziah masih lagi belum selesai.

Tiada Insiden Rempuhan Di Bangunan Sultan Iskandar, Johor

Beliau juga pernah meminta pihak polis membuat siasatan terperinci dalam kes Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh, Paul Yong yang berdepan tuduhan merogol amah.

Koo Ham mendakwa mungkin ada konspirasi politik dalam kes tersebut.

Memang begitulah perangai pemimpin DAP, bila melibatkan geng mereka, semuanya konspirasi dan salah guna kuasa.


Golongan Kayangan Biadab Maki Petugas Barisan Hadapan Anjing, Pencacai Najis

Hentikan Jual Face Mask & T-Shirt Op Penawar Guna Logo PDRM, ATM

Catat Ulasan

0 Ulasan