Universiti Harvard Tawar Kursus Dalam Talian Percuma



Jika diberi peluang, ramai orang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Namun, tidak semua yang layak atau mampu untuk menjejakkan kaki di universiti bertaraf Liga Ivy yang terbaik di dunia itu.

Kini, perkara itu bukan lagi satu masalah besar kerana Universiti Harvard menyediakan kursus pendek secara dalam talian yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikutinya di seluruh dunia.

Lebih menarik lagi, tiada bayaran yang dikenakan untuk mengikuti kursus pendek tersebut yang mengambil masa antara 2 hingga 15 minggu.

Hentikan Jual Face Mask & T-Shirt Op Penawar Guna Logo PDRM, ATM

Kursus-kursus yang ditawarkan merangkumi pelbagai bidang seperti kemanusiaan, sains komputer, sains, kesihatan dan perubatan, matematik, sains sosial, sains data, seni dan rekaan, perniagaan, pendidikan dan pengajaran serta pengaturcaraan komputer.

Antara kursus yang ditawarkan adalah Lessons from Ebola: Preventing the Next Pandemic, Nonprofit Financial Stewardship Webinar: Introduction to Accounting and Financial Statements, CS50: Introduction to Computer Science, China and Communism, Pyramids of Giza: Ancient Egyptian Art and Archaeology, Fundamentals of Neuroscience, Part 1: The Electrical Properties of the Neuron dan Shakespeare’s Othello: The Moor.

Anda juga boleh memilih untuk mengikuti kursus peringkat pengenalan, pertengahan atau lanjutan.

Semua kursus diajar dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan platform edX.




Pelajar boleh mengikuti proses pembelajaran dalam masa sendiri dan memberi komitmen beberapa jam dalam seminggu.

Walaupun kursus ditawarkan secara percuma, pelajar yang ingin mendapatkan sijil yang disahkan perlu membayar sejumlah wang. 

Sebagai contoh, bagi kursus Shakespeare's Hamlet: The Ghost, kos untuk mendapatkan sijil adalah US$49.

Bagi kursus Principles of Biochemistry pula, pelajar yang berjaya menamatkannya diberi pilihan untuk mendapatkan sijil yang disahkan pada kos US$199.

Najib Rayu Pemilik Hartanah Tangguh Kutipan Sewa Semasa Krisis Covid-19

Jika anda hanya mahu menimba ilmu sahaja, tidak perlu mendapatkan sijil namun kos tersebut adalah jauh lebih murah jika dibandingkan kos sebenar untuk belajar di Universiti Harvard.


Memandangkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita tidak boleh selalu keluar dari rumah, elok juga jika masa yang terluang dimanfaatkan untuk mengikuti kursus dalam talian secara percuma. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Harvard University Online Courses.


Jangan Sekadar Baca Tajuk, Fahami Undang-undang Sebelum Komen

Dato' Takiyuddin Hassan Pernah Jadi Guru Tomoi Semasa Muda




Catat Ulasan

0 Ulasan