Berikut adalah kenyataan media Setiausaha Agung DAP merangkap Pengerusi DAP Negeri Sembilan merangkap ADUN Chennah, Anthony Loke pada 27 April 2026:
1) DAP akan sentiasa menghormati dan menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan 1959.
2) Dalam konteks institusi Raja Berperlembagaan di Negeri Sembilan, ia terdiri daripada Yang Di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.
3) DAP menghormati keunikan dan keistimewaan Adat Perpatih dan kedudukan serta kuasa Undang Yang Empat untuk melantik dan menurunkan takhta Yang Di-Pertuan Besar.
4) Namun, sebarang tindakan untuk menurunkan takhta Yang Di-Pertuan Besar mesti berlandaskan prinsip dan proses yang tertib berlandaskan Artikel X (1) Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan.
5) Kedaulatan dan martabat institusi Yang Di-Pertuan Besar sebagai simbol Ketua Negeri mesti dipertahankan dan tidak boleh dibenarkan mana-mana pihak untuk memperlekeh, mengaib dan memalukan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
6) DAP juga memutuskan pendirian bahawa kesemua 11 ADUN DAP di Negeri Sembilan akan terus menyokong YAB Dato' Seri Utama Aminuddin Harun kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
7) Kita mendukung Kerajaan Negeri Sembilan yang telah diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri 2023 yang lalu.
Justeru, DAP akan menolak sebarang usaha untuk menubuhkan Kerajaan Tebuk Atap di Negeri Sembilan.
9) DAP akan terus menyokong segala dasar dan perjalanan Kerajaan Negeri seperti biasa dan semua ADUN DAP akan terus berkhidmat kepada rakyat tanpa apa-apa gangguan.

0 Ulasan