Berikut adalah kenyataan media Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada 29 April 2026:
Mesyuarat Biro Politik UMNO Malaysia yang berlangsung pada 29 April 2026 bersamaan 11 Zulkaedah 1447H telah membincangkan dan membuat beberapa ketetapan berikut:
1. UMNO sentiasa berpegang teguh kepada asas Perlembagaan UMNO menurut Fasal 3.1 yang sentiasa mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai tunggak kedaulatan negara.
2. UMNO Malaysia memandang serius perkembangan mutakhir yang melibatkan krisis Institusi Raja dan Adat Negeri Sembilan hingga mencetuskan polemik besar dan salah faham serius dalam kalangan anggota komponen parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.
3. UMNO Malaysia juga telah mendengar penjelasan tuntas daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mengenai tindakan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional yang hilang kepercayaan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan kerana sikap beliau membelakangkan Institusi Adat dan Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan.
4. UMNO Malaysia berpendirian untuk menghormati Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional yang kekal hilang kepercayaan kepada YAB Menteri Besar namun terus menyokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.
5. Satu pertemuan segera antara Biro Politik UMNO dan Biro Politik Pakatan Harapan harus diadakan segera bagi merungkai beberapa isu yang melibatkan prinsip-prinsip perjuangan parti masing-masing. Ini seiring dengan Klausa 5(c) Perjanjian Persefahaman dalam membentuk Kerajaan Perpaduan yang menuntut segala isu dasar yang diperselisihkan diselesaikan dalam Majlis Perundingan.
.svg.png)
0 Ulasan