14 ADUN UMNO BN NS mesti kekal tarik sokongan terhadap Aminuddin - Puad

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berharap 14 ADUN BN kekal dengan keputusan mereka  menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut beliau, alasan menarik sokongan adalah kukuh dan tindakan itu juga wajar agar Negeri Sembilan tidak terheret dengan konflik yang berlarutan.

Katanya, jika keputusan itu ditarik balik ia akan menyebabkan integriti UMNO akan terjejas teruk. 

"UMNO mesti dilihat tegas, berprinsip, hormat pada adat, ikut perlembagaan, demokratik dan mengutamakan kestabilan.

"UMNO tidak boleh terseret dengan cara Aminuddin yang angkuh mahu terus jadi MB walaupun ia kerajaan minoriti," katanya dalam hantaran Facebook pada 30 April 2026.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan