Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mencabar DAPSY menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat semua menteri dan timbalan menteri UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
"Pemuda UMNO cabar untuk pecat bukan sahaja Tok Mat, tapi seluruh menteri dan timbalan menteri UMNO.
"Kita ok je, nak tengok pemimpin kamu berani atau tidak," katanya dalam hantaran Facebook pada 30 April 2026.
Terdahulu, Ahli Majlis Eksekutif DAPSY, Kusaaliny Mahendran mendesak Anwar untuk segera memecat Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan daripada jawatan menteri Kabinet.
Katanya, tindakan Mohamad yang didakwa menyokong usaha menjatuhkan kerajaan beberapa hari lalu adalah satu
pengkhianatan terhadap prinsip kolektif Kerajaan Perpaduan.
"Tiada ruang untuk 'musuh dalam selimut' dalam pentadbiran negara," katanya.

0 Ulasan