Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menyekolahkan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki ekoran kedegilannya membahaskan isu larangan ternakan babi di Selangor.
Menurut beliau, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tidak berkenan penternakan babi dilaksanakan di Selangor, bukan melarang orang bukan Islam memakan babi.
"Nak makan, maka import lah babi tu wahai YB DAP.
"Apa yang sampai nak menderhaka pada titah Sultan Selangor ni??
"Apa kata ternak babi yang dikatakan baik tu di kawasan majoriti orang yang makan babi tersebut?
"Kalau setuju jadikan kawasan rumah YB dahulu sebagai projek permulaan. Mudah," katanya dalam hantaran Facebook pada 22 April 2026.

0 Ulasan