Rakyat mana yang mahu penternakan babi? Rosni tanya ADUN DAP

 

Berikut adalah kenyataan media Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar pada 23 April 2026:

“Rakyat yang mana dimaksudkan ADUN Seri Kembangan mahu penternakan babi?”

Saya turun padang hampir setiap hari dan setiap minggu bertemu rakyat di pelbagai kawasan di Selangor serta seluruh negara.

Terus terang saya katakan, setakat ini saya belum pernah mendengar rakyat menjadikan pembukaan semula ladang penternakan babi sebagai keutamaan mereka.

Rakyat yang saya temui bercakap tentang harga barang, kos sara hidup, peluang pekerjaan, banjir, jalan rosak dan masa depan anak-anak mereka.

Justeru apabila ADUN Seri Kembangan mendakwa beliau hanya membawa suara rakyat, rakyat yang mana dimaksudkan?

Adakah majoriti rakyat Selangor?

Atau hanya sebilangan kecil kelompok tertentu?

Wakil rakyat perlu jujur dalam membawa mandat rakyat. Jangan apabila sesuatu cadangan menerima kecaman, nama rakyat terus dijadikan perisai untuk menutup kelemahan sendiri.

Rakyat bukan alat politik bermusim.

Jika benar mahu membawa suara rakyat, bawalah isu yang dekat dengan kehidupan rakyat.

Selangor perlukan penyelesaian.

Bukan polemik yang tidak menyelesaikan apa-apa.









Catat Ulasan

0 Ulasan