Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengingatkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bahawa beliau yang dianggap 'budak catur' oleh Menteri Besar Kedah itu sedang berdepan dua kes mahkamah melawan pemimpin DAP.
ADUN Merlimau itu menegaskan bahawa beliau bukan setakat melawan DAP di pentas ceramah sahaja.
"Jadi kalau sampai mahkamah kita lawan tapi YAB sanusi cakap kita budak catur, terpulanglah.
"Ingat datang Melaka ceramah tentang cadangan untuk bangunkan Melaka lebih baik dari BN buat sekarang, tapi ceramah kutuk orang sahaja rupanya," katanya dalam hantaran Facebook pada 26 April 2026.
Beliau meminta Muhammad Sanusi memberi ceramah kepada ADUN Rembia, Datuk Jailani Khamis yang melompat masuk PAS dan menasihatkannya jangan ponteng sidang DUN.
"Jumaat hari tu Speaker maklumkan YB Rembia MC 3 bulan sebab kaki retak, tapi malam semalam boleh datang ke ceramah PAS pula ya.
"Yang tanggungjawab pada rakyat untuk hadir dan bahas dalam sidang dewan dia tak nak buat, tapi ceramah PAS dia sanggup datang walaupun dalam MC ya.
"Sidang DUN ni 4 hari jer dalam 4 bulan, itupun dia ponteng.
"Mungkin ceramah PAS lebih penting dari tanggungjawab hakiki kepada rakyat.
"Tidak mengapalah, nanti masa PRN biar rakyat Melaka menilai siapa yang bekerja untuk rakyat siapa yang kaki ponteng auta rakyat.
"YAB Sanusi, nasihat saya adalah melayu ini perlu disatukan, bukan diperbodohkan dan kutuk sana sini untuk pecahkan lagi orang Melayu," jelasnya.

0 Ulasan