Gambar: Facebook Asyraf Wajdi Dusuki |
Seramai 40 Ahli Parlimen telah lompat parti sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa supaya Undang-undang Anti Lompat Parti disegerakan.
"Ketidakstabilan dalam negara sejak PRU-14 adalah berpunca daripada lompat-melompat dalam kalangan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat namun mengkhianati mandat rakyat," katanya dalam hantaran Facebook semalam.
Berikut adalah senarai 40 Ahli Parlimen terbabit seperti yang dikongsikan oleh Asyraf:
1. Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai-UMNO) kini sertai Bersatu
2. Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang-UMNO) kini sertai Bersatu
3. Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah-UMNO) kini sertai Bersatu
4. Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli-UMNO) kini sertai Bersatu.
5. Datuk Rozman Isli (Labuan-UMNO) kini sertai Warisan
6. Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut-UMNO) kini sertai Bersatu
7. Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor-UMNO) kini sertai Bersatu
8. Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah-UMNO) kini sertai Bersatu
9. Datuk Seri Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing-UMNO) kini sertai Bersatu
10. Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam-UMNO) kini sertai Bersatu
11. Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu-UMNO) kini sertai Bersatu
12. Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort-UMNO) kini sertai Bersatu
13. Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran-UMNO) kini sertai Bersatu
14. Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat-UMNO) kini sertai Bersatu
15. Datuk Zakaria Mohd Edris (Libaran-UMNO) kini sertai Bersatu
16. Yamani Hafez Musa (Sipitang-UMNO) kini sertai Bersatu
17. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak-PKR) kini sertai Bersatu
18. Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang-PKR) kini sertai Bersatu
19. Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota-PKR) kini sertai Bersatu
20. Baru Bian (Selangau-PKR) kini menyertai Parti Sarawak Bersatu
21. Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak-PKR) kini sertai Bersatu
22. Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal-PKR) kini sertai Bersatu
23. Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat-PKR) kini sertai Bersatu
24. Datuk Seri Dr R Santhara Kumar (Segamat-PKR) kini sertai Bersatu
25. Ali Biju (Seratok-PKR) kini menyertai Bersatu
26. Willie Mongin (Puncak Borneo-PKR) kini sertai Bersatu
26. Jonathan Yasin (Ranau-PKR) kini sertai Bersatu
28. Datuk Masir Kujat (Sri Aman-GPS) keluar dari Parti Rakyat Sarawak kini sertai Parti Sarawak Bersatu (PSB)
29. Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti.
30. Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti.
31. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti.
32. Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti.
33. Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti
34. Datuk Seri Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas
35. Tambat @ Jugah Muyang (Lubok Antu-PKR) kini jadi ahli Parlimen menyokong kerajaan Perikatan Nasional.
36. Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis-UMNO) keluar parti dan menjadi ahli Parlimen bebas. Bagaimanapun, status Anifah sebagai ahli Parlimen terbatal susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangannya pada PRU14.
37. Larry Sng (Julau-PKR) kini jadi ahli Parlimen Bebas sokong PN
38. Steven Choong (Tebrau-PKR) kini jadi ahli Parlimen Bebas sokong PN
39. Datuk Seri Xavier Jayakumar (Kuala Langat-PKR) kini jadi ahli Parlimen Bebas sokong PN
40. Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang-PKR) lompat ke Bersatu dan kini isytihar masuk PBM.
0 Ulasan