DAP tak mahu minta maaf, takkan orang UMNO diam saja?

Laporan MalaysiaGazette https://malaysiagazette.com/2023/06/08/muktamad-pemuda-umno-tidak-tarik-balik-desakan-tuntut-dap-minta-maaf/


DAP buat tak tahu saja apabila Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mendesak DAP minta maaf sebab mentohmah UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15.

Setiausaha Agung UMNO, Anthony Loke cuma kata, tiada keperluan bagi partinya meminta maaf kepada UMNO dan kisah lama tidak perlu diungkit lagi. 

Lebih mengecewakan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri seolah-oleh menyokong kenyataan Anthony itu.

Ramai akar umbi UMNO masih belum dapat melupakan kata-kata kesat dan penghinaan yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin DAP terhadap mereka.

Masih terngiang-ngiang dalam telinga mereka ungkapan 'Melayu skru Melayu!' yang pernah diucapkan oleh Superman Hew.

Hairan juga kenapa susah sangat DAP hendak meminta maaf kepada UMNO? Adakah mereka berasa UMNO kini sudah sangat lemah dan senang dipijak kepala?

Yang peliknya, DAP boleh pula minta maaf kepada GPS bagi memujuk mereka menyertai Kerajaan Perpaduan.

Anthony sanggup terbang ke Sarawak. Lim Guan Eng pula sanggup tebalkan muka minta maaf secara terbuka kepada Abang Jo.

Dengan UMNO langsung tak mahu minta maaf. Nampak sangat DAP masih bersingkap angkuh terhadap UMNO. Desakan Dr Akmal mereka boleh buat tak tahu saja.

Paling mengecewakan, caitro-caitro UMNO menyokong perbuatan DAP tidak mahu minta maaf. Sesiapa sahaja orang UMNO yang gesa DAP minta maaf mesti dikecam teruk.

Tak tahulah kalau mereka sebenarnya bukan orang UMNO pun. Mungkin juga caitro jadian dari PH yang menyusup masuk untuk mengelirukan akar umbi UMNO.

Memang buang masa saja mereka cuba pujuk orang UMNO percayakan DAP selagi parti cauvinis itu enggan meminta maaf.

Jangan ingat semua orang UMNO bodoh macam caitro jadian upahan PH. Selagi DAP tak minta maaf, akar umbi UMNO tak akan undi calon PH terutamanya DAP pada PRN nanti.

Ingat tu DAP & caitro-caitro upahan PH. Jangan cabar kebijaksanaan & kesabaran orang UMNO. 

Catat Ulasan

0 Ulasan