Gambar: Indra Gunawan / Pexels |
Imam Hasan al-Basri pernah berkata,
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermaksud aku inilah yang terbaik dalam kalangan kamu.
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas terhadap diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan sedikitlah orang yang memberikan peringatan.
Dipetik dari novel Sarjana Bangsa nukilan Hasanuddin Md Isa, halaman 126.
0 Ulasan