Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya

Gambar: Nitin Arya / Pexels
 


Luqmanul Hakim berpesan kepada anaknya:

"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para Nabi untuk dijadikan pegangan hidup:

1. Apabila bersolat, jagalah baik-baik fikiranmu;

2. Apabila bertandang ke rumah orang, jagalah baik-baik pandangan matamu;

3. Apabila berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu;

4. Apabila hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu;

5. Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa;

6. Ingatlah akan mati, iaitu bersedia menghadapi maut;

7. Lupakan budi baikmu terhadap orang lain; dan

8. Lupakan segala kesalahan orang lain terhadapmu."

Catat Ulasan

0 Ulasan