Wahai geng kayangan, subsidi haji tak usik pun duit kamu

 

Photo by Konevi from Pexels: https://www.pexels.com/photo/photo-of-people-gathered-at-kaaba-mecca-saudi-arabia-4346403/



Sebahagian golongan kayangan mengeluh apabila mereka perlu membayar jumlah penuh RM33,300 bagi menampung kos mengerjakan ibadah haji musim ini.

Lebih menyedihkan, ada yang memberi komen dalam media sosial seolah-olah menuduh Lembaga Tabung Haji menggunakan wang simpanan mereka untuk menampung subsidi RM20,944 kepada bakal jemaah B40 dan RM14, 418 kepada bakal jemaah M40.

Ada juga yang mahu menyimpan sekadar mencukupi untuk menampung jumlah penuh kos haji RM33,000 dan wang selebihnya akan disimpan dalam bank atau melabur di tempat lain.

Masya-Allah begitu dangkalnya pemikiran mereka yang kononnya golongan elit yang berjawatan besar, berpendapatan lumayan dan berpendidikan tinggi ini.

Golongan kayangan sepatutnya sedar Tabung Haji tidak mengusik walau sesen pun duit mereka untuk menanggung kos subsidi bakal jemaah haji B40 dan M40.

Subsidi diberi dengan menggunakan dana Tabung Haji hasil keuntungan perniagaan dan hibah pelaburan, walaupun nilainya semakin menyusut sejak 2018.

Wang simpanan golongan kayangan masih ada dan tidak luak walau sesen pun, kecuali mereka yang mengeluarkannya sendiri.

Lagi banyak wang yang disimpan, lebih banyak dana yang dikendalikan oleh Tabung Haji yang bukan sahaja boleh digunakan untuk urusan haji malah bagi memperkasakan ekonomi ummah.

Kenapalah ada golongan kayangan T20 yang berkira sangat dengan lebihan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka? 

Apa salahnya mereka berkongsi secebis daripada hibah yang dijana dengan golongan B40 dan M40?

Secara tidak langsung, mereka juga membantu mempermudahkan urusan golongan kurang berkemampuan menunaikan ibadah haji dan ia akan memberi pahala berlipat ganda kepada mereka juga.

Ambillah iktibar daripada sejarah Sultan Salahuddin Al-Ayyubi yang tidak berkesempatan menunaikan haji kerana sentiasa berjihad memastikan laluan bakal jemaah ke tanah suci Mekah bebas daripada ancaman tentera Salib yang zalim dan ganas.


Check out PETAI TERPILIH SAHAJA GRED A BOLEH TGK VIDEO for RM1.30. Get it on Shopee now! https://shope.ee/602gGcURF2?share_channel_code=1 

Catat Ulasan

1 Ulasan