6 MP Bersatu sokong PMX terhenti keahlian parti


Notis terhenti keahlian parti secara serta-merta telah diserahkan kepada enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan media, hari ini.

"Selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bermesyuarat pada 7 Jun 2024 dan setelah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat malam semalam, 11 Jun 2024, notis terhenti secara serta-merta telah diserahkan kepada enam orang wakil rakyat yang melakukan ketidakpatuhan di bawah Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu pada hari ini," jelasnya.




Menurut beliau, bagi kes Suhaili pula, keahliannya telah terhenti serta-merta menurut Fasal 10.2.6 Perlembagaan BERSATU. 

Hamzah memberitahu, notis terhenti secara serta-merta keahlian telah dihantar kepada beliau lebih awal iaitu pada 17 Mei 2024.

"Kesemua proses ini telah dilakukan dengan menepati lunas Perlembagaan parti dan perundangan negara sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan dan/atau di bawah undang-undang kerajaan negeri yang berkenaan," katanya. - TUKANG TULIS


Catat Ulasan

0 Ulasan