Hikayat air liur Sang Sapurba Madain


Al kisah.. al kisah tersebutlah kisah seorang Mamak Bendaharu dahulu kala yang mengejar cita-cita mahu menjadi ketua negara untah beruntah. Beliau berpencak dengan gabungan bunga-bunga silat tahap tak tercapai dek akal manusia biasa. Sungguh luar biasa!

Banyaklah jurus lintuk dan bunga-bunga silat dicipta. Masyarakat bawahan adalah sasaran lunak mamak bendaharu. Beliau meng'asosiasi' dirinya dengan golongan bawahan serta 'menampakkan' dirinya memusuhi golongan kaya walhal beliau sendiri kaya raya.

Maka ditakdirkan, mamak bendaharu telah berjaya menjadi ketua negara untah beruntah.  Sementelah habislah segala muntahnya dahulu kala dijilatnya kembali. Bertopengkan kulit muka yang tebal, pelbagai alasan maha kayangan yang tak tercapai dek akal dipersembahkan buat rakyat jelata untah beruntah.

Turut bersama Mamak Bendaharu adalah Panglima Jawa Keratin yang berperanan memegang tombak ke hulu ke hilir mengiakan apa saja yang dikatakan oleh Mamak Bendaharu. Panglima Jawa Keratin diajar 47 jenis jurus baru (oleh gurunya) hanya untuk memegang tombak sahaja.

Bersama Mamak Bendaharu dan Panglima Jawa Keratin ialah Datuk-Datuk hukum hakam, pengawal khazanah negara, Datuk nikah kahwin dan macam-macam Datuk lagi pembesar negara untah beruntah. Mereka ini suatu ketika dahulu adalah pesaing Mamak Bendaharu namun kini telah disumpah menjadi burung belatuk yang hanya mengangguk sahaja.




Pawang Besar yang banyak membantu Mamak Bendaharu adalah keturunan Puteri Hang Li Pos yang dahulukala digunakan untuk melunakkan golongan pembesar sekian lama. Bersama pawang ini adalah ahli nujum Lai-LaiPG yang sekian lama telah meramalkan suatu negara bergelar Malaizi pengeluar bahan yang dinamakan 'minyak'.

Mamak Bendaharu bersama pawang besar dan ahli nujum ini pernah menilik bahawa harga bahan yang dinamakan minyak ini boleh diturunkan dengan ramuan dan resipi yang dicampur air liur. Sungguh luar biasa air liur Mamak Bendaharu, pawang besar Tiongkok dan ahli nujum Lai-LaiPG.

Arakian setelah memerintah, campuran air liur Mamak Bendaharu, Pawang Besar Tiongkok dan ahli nujum Lai-LaiPG menjadi basi, busuk dan meloyakan! Maka dengan gumpalan air liur yang basi ini juga Mamak Bendaharu, Pawang Besar keturunan Hang Li Pos dan ahli nujum Lai-LaiPG cuba membomohkan rakyat jelata dengan jurus dan bunga silat baharu.

Sebenarnya tidak baharu, ia jurus dan bunga lama yang dipersembahkan dengan kaedah lain. Ini adalah pengajaran bagi rakyat jelata ubtah beruntah. Rakyat untah beruntah ambillah kesempatan ini untuk mengenali siapa sebenarnya Mamak Bendaharu!

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya! Ini yang terjadi kepada Mamak Bendaharu. Rakyat negara untah beruntah perlu 'move on', tidak boleh lagi berpatah ke belakang. Perkara yang dapat dilakukan kini adalah memperbaiki masa depan. Ini tugas rakyat negara untah beruntah.

Cuma yang dapat dikatakan di sini, kenalilah Mamak Bendaharu Madain sebaik-baiknya.

Saya ulammmmmm.....

Oleh:
Sang Rajuna Tapai
Hikayat Dulang Mengulam

#malaysia #politik

Catat Ulasan

0 Ulasan