Ini bukan negara yang ikut aturan Anthony Loke - Akmal


Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh memberi sokongan sepenuhnya kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk mempertahankan polisi tidak membenarkan sumbangan dari syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Menurut beliau, jika liga bola sepak negara pun tidak dibenarkan untuk menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat sedemikian, maka peraturan sama terpakai untuk sekolah-sekolah.

Dr Akmal turut memohon kerajaan mempertahankan polisi sedia ada itu walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

"Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook.

"Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengenai isu ini.

"Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Baru-baru ini, Fadhlina menegaskan, kementerian tidak berganjak daripada dasar berkenaan.

Namun, Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan bahawa beliau akan membawa isu tersebut ke Kabinet.



Catat Ulasan

0 Ulasan