Kekalkan 'formula tanpa Rafizi', BN pasti menang PRK DUN Mahkota

 



AJK UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail dalam hantaran Facebook hari ini berpandangan, ketiadaan kelibat Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli semasa berkempen merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kemenangan BN pada PRK DUN Nenggiri semalam.

Beliau yang pernah bertanding mencabar Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu turut menyebut satu lagi nama iaitu Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Pandangan Syed Rosli itu pasti dipersetujui oleh ramai ahli-ahli UMNO akar umbi yang mahu melihat parti dan BN kembali bangkit untuk mentadbir negara selepas PRU16.

Bukan rahsia lagi akar umbi UMNO amat tidak menyenangi gelagat Rafizi yang bodoh sombong dan masih berlagak seperti pembangkang ketika menyampaikan ceramah.

Mereka tidak lupa betapa celoparnya mulut Rafizi 'membahlulkan' rakyat yang bertanya tentang formula tatkala ekonomi negara masih belum dapat keluar daripada kepompong kemelesetan. 

Akibatnya, PH gagal menawan kerusi DUN Sungai Bakap walaupun mempunyai kelebihan daripada segi jentera dan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai mereka.

Senang cerita, orang UMNO memang menyampah dengan Rafizi yang dahulu begitu galak menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin UMNO khususnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Melihat kepada perkembangan memberangsangkan di Nenggiri, BN perlu mengekalkan 'formula tanpa Rafizi' bagi menghadapi kempen PRK DUN Mahkota di Johor, bulan depan.

Tidak mengapa jika pemimpin-pemimpin PH yang lebih sopan ketika berceramah seperti Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Anthony Loke turun membantu kempen BN di DUN Mahkota kelak.

Pengundi Melayu termasuk akar umbi UMNO masih belum dapat menerima Rafizi yang kelihatan seperti masih belum menginsafi keceloparannya.

Elok sangat jika Rafizi tidak turun berkempen di DUN Mahkota bagi mengekalkan momentum kemenangan BN di situ.

Jiwa Merdeka



Catat Ulasan

0 Ulasan