Salahkah Hannah ucap tahniah kepada jaguh badminton Thailand?

Hannah Yeoh bersama Kunlavut Vitidsam. (Gambar: IG Hannah Yeoh)

Ramai netizen Malaysia yang sentap apabila Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bergambar kenangan dengan jaguh badminton Thailand, Kunlavut Vitidsam pada temasya Olimpik Paris 2024.

Mereka berpandangan, tidak wajar Hannah berbuat demikian kerana Kunlavut telah menewaskan pemain badminton negara, Lee Zii Jia pada aksi separuh akhir.

Malah ada netizen yang sentap teruk sehingga meminta Hannah memadamkan hantaran Instagram yang memaparkan gambar-gambarnya bersama Kunlavut.

Antara yang turut tumpang sekaki mengecam Hannah ialah bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Apa hak Wan Ahmad Fayhsal untuk melarang Hannah berkongsi kegembiraannya dapat bertemu dengan salah seorang jaguh badminton terbaik di dunia?

Hannah Yeoh bersama Lee Zii Jia. Gambar: FB Hannah Yeoh

Agaknya netizen yang sentap ini tidak menghayati konsep semangat kesukanan pada acara sukan bertaraf antarabangsa seperti Olimpik.

Kita sering melihat pemain-pemain bola sepak bertukar-tukar jersi  dan bersalam-salaman selepas tamat permainan walaupun sebelum itu mereka bertempur di atas padang untuk meraih kemenangan.

Tiada bezanya dengan apa yang dilakukan oleh Hannah iaitu bergambar dengan Kunlavut sebagai manisfetasi semangat kesukanan yang tinggi.

Sikap busuk hati netizen Malaysia memang amat tebal sehingga mereka tidak dapat melihat betapa gigihnya Hannah memberi kata-kata semangat kepada atlet-atlet kita sebelum mereka berjuang untuk negara.

Hannah juga berusaha meredakan kesedihan atlet-atlet kita tatkala mereka kecundang di tangan lawan.

Wahai netizen Malaysia, buanglah jauh-jauh sikap buruk sangka dan dengki itu kerana ia menyebabkan kamu tidak dapat menilai yang mana satu intan, yang mana satu kaca. 
Hannah Yeoh bersama Azeem Fahmi. Gambar: FB Hannah Yeoh

Tiada bezanya dengan apa yang dilakukan oleh Hannah iaitu bergambar dengan Kunlavut sebagai manisfetasi semangat kesukanan yang tinggi.

Sikap busuk hati netizen Malaysia memang amat tebal sehingga mereka tidak dapat melihat betapa gigihnya Hannah memberi kata-kata semangat kepada atlet-atlet kita sebelum mereka berjuang untuk negara.

Hannah Yeoh bersama Pearly dan Thinaah. Gambar: FB Hannah Yeoh 

Hannah juga berusaha meredakan kesedihan atlet-atlet kita tatkala mereka kecundang di tangan lawan.

Wahai netizen Malaysia, buanglah jauh-jauh sikap buruk sangka dan dengki itu kerana ia menyebabkan kamu tidak dapat menilai yang mana satu intan, yang mana satu kaca. 

Catat Ulasan

0 Ulasan