Tak mungkin Annuar Musa tersasul pakai baju LV

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyindir Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa yang dilihat memakai pakaian berjenama yang mahal ketika berkempen di kampung Orang Asli sempena PRK DUN Nenggiri.

Beliau mengingatkan Annuar agar berpada-pada memandangkan Annuar sendiri mengatakan rakyat hidup susah.

"Viral beberapa gambar Annuar Musa pakai barang jenama Louis Vuitton. Baju LV. Jam LV. Selipar pun LV. Ia ekoran Annuar pakai baju LV masa bagi maggie mee pada pengundi orang asli.

"Kesian Annuar. Tak salah dia pakai barang berjenama. Betullah, itu pitih dia. Tetapi berpada padalah. Lain kali jangan over bila cakap rakyat hidup susah. Tetapi kamu pula pakai LV.

"Berlakonlah sikit. Pakai kopiah dan kain pelekat cop gajah duduk. Anuar kata ahli Pas yang tuduh DAP kafir harbi tersasul cakap. Tapi pakai baju Louis Vuitton tidak mungkin tersasul," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Annuar didakwa memakai pakaian dan barang-barang berjenama ketika berkempen di kawasan Orang Asli di Nenggiri.

Dalam ceramah di Jeram Tekoh, Gua Musang baru-baru ini, Annuar menjelaskan perkara itu tak sepatutnya dijadikan isu kerana barangan tersebut dibeli dengan menggunakan wangnya sendiri dan tidak perlu dipertikaikan.

“Musim pilihan raya patut tinggal kenderaan kerajaan, guna kenderaan sendiri, ini marah kepada saya kenapa pakai baju mahal, ikut aku pitih (duit) aku,” katanya.




Catat Ulasan

0 Ulasan